Pages

My Handsome Little Prince

Bismillahirrahmanirrahim.

Ok, tetibe jer bosan dok kat bilik. Padahal banyak je keje yang kene buat. So nak menghilangkan bosan nie trasa plak nak tulis something.

Sepanjang hampir seminggu cuti n terperuk kat rumah, saya asyik terfikirkan sesuatu. Sesuatu yang amat menggusarkan hati. Dalam family, hanya ayah dan adik je berjantina lelaki. Dari saya kecil sampai lah sekarang, satu je mimpi yang tidak akan jadi kenyataan. Iaitu mimpi untuk mempunyai seorang abang. Kalau ada abang, sayaa tak perlu la jadi along. Tanggungjawab saya pun takde la berat sangat. Sebab kami adik beradik dah memang akan ada official leader iaitu insan bergelaran abang. Tapi realitinya bukan begitu. Saya tetap kekal di pangkat along dan ahmad zuhaili adalah satu-satunya adik lelaki yang saya ada.

Bila memikirkan itu, saya menjadi tersangat risau. Kerana apa?? Kerana terasa macam banyak beban tanggungjawab itu yang tidak mampu saya pikul.

Setiap kali pulang ke rumah, saya lihat adik kecil ku itu kian membesar. Bakal membesar untuk menjadi seorang remaja lelaki dan kemudiannya lelaki.
Ia mula terlintas tatkala adik kecil ku itu meminta sesuatu. Sesuatu yang tidak sukar pun untuk diperoleh oleh rakan seusianya.
My little prince ask to my mother "Ibu, boleh tak ibu tunggu adik kat luar masjid? Adik nk solat jumaat."
Saya yang mendengar tatkala itu terkedu. alangkah bagusnya ketika itu ada seorang abang yang mampu untuk menemani adikku ke masjid. Sepatutnya semangat adik kecil ku itu disemarakkan, bukan dipadamkan. Hanya kerana tiada teman dan penjaga, hasrat itu terpaksa dibatalkan.

Ketika itu pelbagai persoalan yang timbul.
Siapakah nanti yang akan menjadi sumber rujukannya?
Siapakah nanti yang akan menjadi idolanya? 
Siapakah nanti yang akan menjadi teman rapatnya? Siapakah nanti akan jadi mata-mata ayah dalam mengawalnya?

Pastinya tugas itu tidak mampu saya galas kerana perbezaan jantina. Pasti ada benteng yang akan dibina tanpa disedari. Perasaan risau mula menghantui.

Risau,, adinda ku itu terjebak dengan perkara yang bakal mendukacitakan ayahanda dan bonda.

Risau pengaruh kawan menariknya ke lubang hitam yang bakal menggelapkan dirinya.

Risau pemberontakan jiwa mengatasi iman yang dimiliki.

Apakah ini yang dirasai oleh ayah dan ibu sepanjang membesarkan kami adik beradik?

Kalau beginilah perasaanya, mampukah nanti saya mendidik anak-anak untuk menjadi mujahid dan mujahidah? Bersediakah saya? T_T
Takut nya.. kerana pembentukan anak-anak itu adalah bermula di rumah. Jadi peranan ibu dan bapa itu teramatlah penting. Maka, bersediakah saya untuk menghadapi saat itu? Jika belum, bagaimanakah caranya untuk mempersiapkan diri?

Ya, persoalan penting yang perlu ditanya dalam diri setiap insan-insan yang bakal berkahwin itu. Kerana ia bakal menentukan pengakhirannya. Sama baik hasilnya atapun sebaliknya.

Walau seteruk mana pun kehidupan yang kita lalui, bukan itu yang menentukan kehidupan generasi akan datang. Tapi ia ditentukan oleh diri kita sendiri samada untuk melakukan perubahan dan menambahbaikkan atau menjadikan ia lebih teruk daripada kehidupan yang kita lalui.

Semua insan ada kisah hitam yang disimpan. Kerana fungsinya kisah hitam itu adalah bagi menjadi pagar untuk kisah terang kita. Ia menjadi sempadan agar kita tidak memasuki dunia gelap itu lagi.

Ungkapan yang diambil dari seorang sahabat “Tanpa sisi gelap, maka tidak wujudlah sisi terang itu”.

My Handsome Little Prince~Ahmad Zuhaili

Sekian, coretan dari saya. Doa ku semoga adik kecil ku itu sentiasa dalam lindungan Allah. Peliharalah dia agar sentiasa dalam redhaMu. Tanamkanlah pokok keimanan dalam diri adik kecil ku itu dengan akar yang sangat teguh. Semoga dia menjadi insan yang beriman dan bertakwa. Tiada yang Maha Kuasa melainkan Engkau, ya Allah. Maka perkenankanlah.

~Membiasakan yang luar biasa, Memperbetulkan yang biasa~

Bismillahirrahmanirrahim
“MEMBIASAKAN YANG LUAR BIASA
MEMPERBETULKAN YANG BIASA”

Ha! Biasa tak dengar ungkapan tersebut? Baru-baru ini ungkapan ini di utarakan oleh ayah ketika dalam perjalanan menghantar adik perempuan bongsu ku, ‘Atifah ke asramanya di Maahad Hamidiah, Kajang.

Bagi diriku, ungkapan tersebut seringkali kedengaran. Namun begitu, kali ini ungkapan itu dihuraikan dengan cara yang berlainan oleh ayah. Ayah menyesuaikan ungkapan tersebut dengan keadaan ketika itu yang mana ungkapan itu untuk dijadikan nasihat serta penenang jiwa buat adik ku yang resah kerana akan kembali berjauhan dengan keluarga.

Kerana terlalu biasa berada di rumah di samping ibu dan ayah, ketidakbiasaan berada di asrama membuatkan jiwa resah gelisah dan gundah gulana. Maka, ketika inilah peluang untuk membiasakan yang luar biasa. Bukan mudah pada usia 13 tahun untuk berdikari sendirian. Mempelajari pengawalan emosi, pembahagian masa dan membuat penilaian dalam membuat keputusan yang betul.

Keadaan dirinya mirip sekali dengan keadaan diriku yang memasuki asrama pada usia 12 tahun. Siapa sangka hanya selepas 6 bulan baru diri ini mampu untuk menyesuaikan diri. Kalau tidak, hampir setiap malam diri ini menangis meminta untuk dibawa pulang. Walhal, setiap hujung minggu pasti ibu dan ayah akan datang untuk menjengukku. Namun, ibu dan ayah tidak pernah jemu melayan kerenah kami. Sampai begitu sekali kami dimanjakan.

Namun begitu, setelah berasa selesa dan seronok di sana, amat berat sekali bagi diri ku menukar sekolah mengikut keluarga. Itu pun setelah setahun setengah. Pabila memasuki alam remaja, ia menjadi satu perkara yang biasa. Hinggakan ada antara kita yang tidak menghubungi keluarga berbulan-bulan lamanya kerana terlalu sibuk dengan hal masing-masing. Tambahan pula pabila memikirkan tidak mempunyai keperluan menghubungi mereka.

Sesungguhnya ketahuilah, ia adalah satu andaian yang silap. Meski pun ibu dan bapa kita jarang menghubungi kita, tapi ketahuilah di satu sudut di hati mereka akan merindui anak-anaknya. Dan kita sebagai anak, perlu lah sentiasa bertanya khabar. Kerana dengan itu, keberkatan Allah sentiasa bersama kita.

Mungkin ia kelihatan luar biasa bagi anak muda zaman sekarang mengambil berat ibu bapanya. Tapi ia adalah salah satu cara menggapai keredhaan Allah. Jadi mari kita biasakan apa yang luar biasa dan mengubah apa yang biasa itu..

Nasihat untuk kalian dan diri ini juga.. ^_^

FIKRAH vs ILMU

Bismillahirahmanirrahim
Alhamdulillah, bertemu lagi kita dalam sesi di blog ini. Huhuhu.. Macam dalam tv plak.. ^_^

Okay, macam mana pengisian bagi hari-hari yang telah berlalu? Harapnya masa yang ada dimanfaatkan sebaik mungkin. Alhamdulillah, pada 21 dan 22 januari yang lepas telah diadakan satu daurah yang dinamakan Ketika Cinta Berusrah. Bagi kumpulan kami iaitu kumpulan Sumayyah ia diadakan di pejabat JIM seksyen 16 manakala bagi kumpulan kaulah ia diadakan di Pejabat Ikram Shah Alam (PISA). Perbezaan tempat hanyalah pada pengisian hari pertama yang mana slot itu kami didedahkan dengan Ilmu dan fikrah.

Ilmu dan fikrah?? Apa yang kami bincangkan ye?

Hrm,, sebelum ini selalu je saya salah faham antara orang yang memiliki ilmu dan orang yang memiliki fikrah. Beza keduanya adalah sesorang yang memiliki ilmu itu tidak semestinya memiliki fikrah andai ilmu yang diperoleh tu tidak membuahkan amal. Akan tetapi, orang yang mempunyai fikrah itu seharusnya memiliki ilmu kerana fikrah tidak akan hadir tanpa adanya ilmu.

Fikrah islam itu sendiri merupakan ajaran Allah yang syamil (menyeluruh), kamil (sempurna) dan mutakamil. Maka orang yang memiliki fikrah islam adalah orang yang mengamalkan islam secara keseluruhannya dalam kehidupan dan tidak mengurangkan walau sedikit pun. Begitulah tuntutan islam yang sebenarnya. Dunia sekarang ni ramai je orang yang mempunyai ilmu tapi tak ramai yang mempunyai fikrah.

Fikrah hanya akan wujud pabila adanya ilmu. Ilmu yang macam mana? Mestilah ilmu yang berkaitan tauhid dan islam. Orang yang mempunyai fikrah juga akan memandang sesuatu perkara berbeza dengan orang yang hanya mempunyai ilmu. Sebagai contohnya; isu berpasangan atau bercouple nie. Sememangnya Allah tidak pernah melarang hambanya untuk berpasangan jauh sekali untuk membuang fitrah manusia untuk saling sayang-menyayangi. Namun begitu ada batas serta tahap tertentu yang dibolehkan. Orang yang mempunyai ilmu akan memnggunakan ilmu yang mereka ada untuk mencipta alasan bagi membolehkan perkara tersebut. Jadi mereka akan memutar belitkan setiap inci kata-kata. Begitulah betapa liciknya syaitan itu menipu daya anak cucu Nabi Adam. Namun begitu, orang yang mempunyai fikrah akan menggunakan ilmu yang diperoleh bagi mencari keredhaan Allah. Bukan itukah jalan yang dituntut oleh Allah?

Benar, Allah tidak melarang berpasangan itu. Tapi Allah menuntut agar hambanya menjaga hati. Benar juga zina hati itu bukan semudah yang disangka seperti mesej-mesej ringkas bertanya khabar. Tapi Allah juga melarang untuk kita menghampiri zina. Bukankah mesej-mesej seperti itu juga dikira menghampiri zina kerana ia tetap akan menggetarkan jiwa dan menggangu ke'fokusan' kita dalam beribadah kepada Allah? Dengan adanya fikrah islam dalam diri, setiap ilmu akan dipelajari dengan jiddiah iaitu serius. Dengan cara itu barulah kita dapat memahami ilmu itu sepenuhnya. Yang penting adalah keFAHAMan itu. Jika kita faham, kita tidak akan mencampur adukkan yang baik dengan jahiliyyah. Jadi, mari kita kikis sifat-sifat jahiliyyah yang ada dalam diri kita. Apa yang penting adalah istiqamah.

Setakat itu saja pengisian bagi slot pertama. Semoga setiap inci perkara mampu memberi ibrah atau pengajaran kepada diri kita dalam usaha menjadi hamba Allah yang soleh/solehah. Semoga bertemu kembali.

Wassalam.

THE WORST SEMESTER I EVER HAD

Bismillahirrahmanirrahim..
              
       Alhamdulillah, my student life in part 5 will end less than 24 hours. Tomorrow is the last paper that I will answer for this semester. However, did I do the best for this semester???

If someone ever asked me “What happen to me this semester?”  I dint have the answer.

“Did I had crushed with my boyfriend?” Well, its never be bad like this time. Even it was happened before; I still can perform very well in the exam. Nobody aspect that I can perform even I’m facing with problem.
               
      However this time, I’m really feel bad. Really-really bad. And what made me more stress because I don’t know why. My self –confidence like at bottom level. The lowest level that I ever faced. I didnt have confidence in facing my final exam. Every person that I know are mostly target to get dean list in their exam. They work very hard. But I?? When I’m think about it, I’m really sad. I’m really afraid. I’m afraid that my performance worst than before. I'm looks like lost my purpose of why I’m here. That’s make me really afraid of.
      
     When I was rewind back what happen along this semester, that makes me feel more regret. Even I know time never be turn back again so that I can fix it. I’m not preparing myself very well this semester. During study week, we were focusing in preparing proposal for our final year project. In the examination period itself, there are many things coming around. With international program that’s many work unfinished yet, it makes me weaker than ever.

     Now, I’m just hoping that next semester never be like this anymore. I want to struggle from starting of the semester and hopefully I’ll increase my performance back. Chaiyok2..
            
    What had happened this semester let it go. Maybe Allah want to teach me something. So accept it as what it is.. I learn the feeling of being worried during exam. The feeling of being the weaker one than others. So, take it with your open heart.. ^_^

MY OLD MEMORIES

Bismillahirahmanirrahim.

Skuad.. Dengar sini semua sekali..
Apabila mendapat arahan 3 barisan dihadapan saya gerak,
Skuad hendaklah sedia, berlari dan berbaris 3 barisan,
Dihadapan, di tengah-tengah di mana saya menghadap.
Faham itu skuad?
“Skuad, 3 barisan di hadapan saya.. Gerak!”

Biasa tak dengar hukuman ini? Bagi mereka yang aktif menyertai kawad kaki, ia adalah hukuman biasa. Yup. Ini adalah hukuman atau arahan pertama yang saya belajar and its become one of my favourite command. These words that I really miss so much. Its remind me so much memories that teach me how the real world is it. I’ve learned so much in Commander. From that I’ve got many friends. The friends that always with me. Thanks to Hafeez a.k.a bear, fuad a.k.a bos, falyhin, jabar, hafizi, danial, hadawiah (awi), hasanah (nana), syazreen (reen), hamra and asma’. Merekalah insan-insan  yang sentiasa bersama dalam susah dan senang. Thanks for always with me. insyaALLAH.. I’ll never forget all of you. I’ll kept all the memories in my mind..